Saturday, February 27, 2010

Tanah Melayu?

Tanah Melayu?
Melayu ada tanah ke?
Berapa ekar?

Melayu perlukan penanda aras baru sebagai penamat kepada pengikisan hak2 yang dah sedia termaktub dalam perlembagaan..
Melayu merupakan tuan di tanah Malaysia ini tapi hakikatnya...melayu lah yang tak memiliki apa2 pun..
Melayu lah yang paling miskin..
Melayu lah yang terabai..
Melayu lah yang terancam..

Siapakah agaknya yang akan membela orang melayu?
UMNO? PAS? PKR? PERKASA? PERKIDA?
Entah lah...tak nampak laluan pun..
Pada pengamatan saya...pengikisan hak2 orang melayu sedang rancak berjalan. Cuma ianya dilakukan secara senyap dan teratur. Orang melayu tak akan sedar perkara ini sedang menghimpit dan mengikis sedikit demi sedikit..
Parti2 politik hanya mengangkat slogan kononya membela melayu sedang ianya tak lebih dari propaganda untuk menagih undi bagi terus berkuasa. Orang2 melayu terus digula-gulakan dengan mcm2 projek..
Yang kaya...tak berapa kerat.. Yang melaratnya..lebih ramai dari kaum pendatang...
Wahai saudara2 seagama ku yang sebangsa dengan ku...
Bangun..
Bangunlah dari kelekaan dan mimpi yang tak lebih dari khayalan semata-mata..
Kita sedang dipijak..
Kita sedang dipinggirkan..
Kita jauh ketinggalan..
KITA BAKAL MEREMPAT DI TANAH TUMPAH DARAH KITA SENDIRI!

Tuesday, February 16, 2010

No Title

Aku terus berusaha utk menjadi diri aku yang keakuan...
Ramubut putih menyusul dan mengintai dunia menggantikan rambut hitam yang makin lesu.
Kalau dikira dengan jari..memang tak terhitung banyaknya..
Sebai seorang yang mengaku Islam..aku redha..
ianya sebahagian petanda kudrat semakin terbatas..
Mana taknya...training badminton setiap minggu mula teraca ke'pancitan'
Apapun...semangat masih terus membara..
Kalau ada aperjuangan...aku pasti akan berada dibarisan hadapan!

Thursday, February 11, 2010

Saya cuba menentang arus..
Tapi saya terlalu kerdil maka saya hanyut dan terus hanyut tanpa dapat bertahan..
Saya tak tahu mcm mana nak jadi seorang pembodek..
Saya juga kurang rasa selesa utk menjadi kipas emas..
Apa pun..kepada rakan2 seperjuangan..teruskan usaha anda..
Sebagai manusia..saya tak lari dari melakukan kesalahan..
Maaf jua yang mampu saya pinta..

Sunday, February 7, 2010

politik

Ada kalanya aku semacam meluat dengan politik.. Tapi politik la yang menentukan siapa yang menjadi kerajaan. UMNO dalam keadaan yang separuh sedar sekarang.. Dalam hati aku...aku masih lagi berharap yang UMNO akan sedar sepenuhnya. Aku tak berapa suka nak dengar pasal cakap tak serupa bikin. Tapi benda ni dah lama ada dalam UMNO. Yang berlakon jadi hero melayu pun tak kurang ramainya dalam UMNO padahal masing2 hanya sibuk mengisi tempolok masing2. Bila ceramah...wah..terpegun masing2 dengar.

Apalah nak jadi dan bakal terjadi pada melayu akan datang. Fikir pun tak bawa kemana-mana kalau isi pemikiran tu tak diangkat dan dibicarakan untuk pertimbangan. Rasanya...banyak runggutan dan komplen dari akar umbi tapi sejauh mana luahan ni dibawa untuk perhatian MT UMNO...tak pulak kita tau. Yang aku faham..semua tu tak lari mcm Hanjing menyalak bukit. Aku sengaja guna 'Hanjing' supaya bunyinya ganas sikit. biar yang membaca faham isi hati aku.

Last sekali..arwah ayah aku pernah kata 'UMNO tak salah...yang salah..pemimpin2 UMNO'. Memang betul pun.. Ada ungakapan baru yang aku suka nak pinjam.. UM NO BE END.. Mungkin ada yang marah.. Mungkin ada yang senyum.. Mungkin ada yang gelak sapai tepuk2 meja. Pada aku...mamat yang buat perkataan tu memang seorang yang bijak. Samada suka atau tidak...PEMIMPIN UMNO mesti berubah! kalau tak berubah...PEMIMPIN UMNO DAN KERAJAAN AKAN DIUBAH! Dan tak mustahil juga Um No Be End(ed)

Wednesday, February 3, 2010

Sejarah

Menyingkap kembali sejarah lama adakalanya memang menyedihkan..
Bagaimana sejarah orang2 melayu menentang penjajahan inggeris..
Bagai mana orang2 melayu menerima siksaan keatas pendudukan jepun di tanah melayu..
Tidak dilupa juga penglibatan parti komunis malaya sebelum dan selepas merdeka..
Sejauh mana kita mengenang mereka2 yang terkorban ketika berjuang...amat payah untuk diukur..
Kita disogok dengan pesta ambang merdeka dan berbagai lagi pesta lain..
Sedang kita sebenarnya mempunyai sejarah yang begitu pahit untuk di jadikan pengajaran dan ikhtibar. Buat pendekar2 dan pahlawan2 melayu yang berjuang dilapangan lalu terkorban tanpa nama dan sejarah mereka dipahatkan dimana2 kecuali anak cucu mereka sendiri..sama2 lah kita bacakan surah Al-Fatehah buat mereka.

Pada pendirian saya..setelah banyak bahan2 dan sumber2 yang saya susuri...malaysia yang pada ketika itu asalnya bergelar tanah melayu dan kemudianya bergelar malaya tidak mendapat kemerdekaan dengan mudah..
Agak menyedihkan bahawa terdapat pemesongan fakta sejarah dan akhirnya membuatkan golongan remaja hari ini gagal menghayati bertapa pentingnya mempertahankan kemerdekaan..
Saya amat tidak bersetuju jika fakta bahawa kemerdekaan negara diperolehi tanpa sebarang pertumpahan darah dan hanya berlangsung secara rundingan..
Hakikatnya...pejuang2 MELAYU telah berusaha membebaskan tanah milik melayu ini dari cengkaman penjajah sejak dari dulu lagi.. Menurut cerita orang2 lama yang sebahagian besarnya telahpun meninggal dunia..hanya orang2 melayu pada ketika itu berusaha melawan penjajah sedang kaum2 lain hanya memerhati dan menanti hasil..