Wednesday, February 3, 2010

Sejarah

Menyingkap kembali sejarah lama adakalanya memang menyedihkan..
Bagaimana sejarah orang2 melayu menentang penjajahan inggeris..
Bagai mana orang2 melayu menerima siksaan keatas pendudukan jepun di tanah melayu..
Tidak dilupa juga penglibatan parti komunis malaya sebelum dan selepas merdeka..
Sejauh mana kita mengenang mereka2 yang terkorban ketika berjuang...amat payah untuk diukur..
Kita disogok dengan pesta ambang merdeka dan berbagai lagi pesta lain..
Sedang kita sebenarnya mempunyai sejarah yang begitu pahit untuk di jadikan pengajaran dan ikhtibar. Buat pendekar2 dan pahlawan2 melayu yang berjuang dilapangan lalu terkorban tanpa nama dan sejarah mereka dipahatkan dimana2 kecuali anak cucu mereka sendiri..sama2 lah kita bacakan surah Al-Fatehah buat mereka.

Pada pendirian saya..setelah banyak bahan2 dan sumber2 yang saya susuri...malaysia yang pada ketika itu asalnya bergelar tanah melayu dan kemudianya bergelar malaya tidak mendapat kemerdekaan dengan mudah..
Agak menyedihkan bahawa terdapat pemesongan fakta sejarah dan akhirnya membuatkan golongan remaja hari ini gagal menghayati bertapa pentingnya mempertahankan kemerdekaan..
Saya amat tidak bersetuju jika fakta bahawa kemerdekaan negara diperolehi tanpa sebarang pertumpahan darah dan hanya berlangsung secara rundingan..
Hakikatnya...pejuang2 MELAYU telah berusaha membebaskan tanah milik melayu ini dari cengkaman penjajah sejak dari dulu lagi.. Menurut cerita orang2 lama yang sebahagian besarnya telahpun meninggal dunia..hanya orang2 melayu pada ketika itu berusaha melawan penjajah sedang kaum2 lain hanya memerhati dan menanti hasil..

1 comment:

  1. saya juga mempunyai satu sejarah hitam..sampai kiamat pun tak mungkin terpadam...

    ReplyDelete