Menjadi Ketua UMNO Cawangan hari ni tak semudah yang disangka. Penuh dgn tugasan yg menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Berbeza jika menjadi ketua cawangan 10 tahun dulu..kerjanya agak mudah bila umno berada dalam keadaan yang amat selesa. Ketua cawangan tidak mempunyai sumber kewangan khas..ketua umno cawangan hari ni perlu melakukan banyak perkara dengan belanja sendiri atau dalam ertikata lain..'guna wang poket sendiri'. Ada kemungkinan pemimpin sedang terlupa bahawa ketua2 diperingkat akar umbi bukan bekerja dan tidak boleh dianggap bekerja dengan parti. Pemimpin atasan berusaha dgn berbagai cara utk menaikkan semangat ketua diperingkat akar umbi dengan harapan pemimpin akar umbi akan berusaha dgn apa daya sekalipun utk memenuhi hasrat dan cita2 pemimpin2 atasan mempertahankan kedudukan mereka atas tiket parti warisan nenek moyang tersayang.
Bila mana ilham dan apa sahaja idea pemimpin ditafsirkan sebagai wasiat dan amanah yg perlu di realisasikan sebagai perintah yg wajib dituruti...maka beban tentu bukan kepada org yg bercakap.. Semua itu semestinya dicurahkan kepada ketua2 yg telah diberi semangat agar sayang dan perlu sentiasa berkorban demi parti.
Menghitung hari2 berlalu dan mencongak hari mendatang membuatkan saya terasa sedikit sesak nafas. Kenapa saya merasa begitu? Hampir sepenggal saya menduduki kerusi ketua cawangan saya terasa jauh sudah saya pergi. Harapan utk pergi lebih jauh sudah segera saya padamkan. Kesal? Bukan...bukan kesal kerana perkataan tu amat tidak bersesuaian sebab saya dipilih bukan atas dasar saya mencalonkan diri..tapi saya dicalonkan,lalu saya menang. Tak termimpi pun utk dicalonkan..apa tah lagi utk menang..
Kepada rakan2 yg bersemangat kental..teruskan kerja2 anda (saya sangat tidak suka menyebut perkataan perjuangan) dengan penuh dedikasi. Atas alasan tersendiri, saya tidak berhajat utk terus kekal dengan jawatan sediada. Kerjaya saya masih lagi jadi keutamaan dan secara jujurnya..saya tidak pernah menjunjung politik. Semoga semangat kekal mengiringi teman2 sepolitik..
Monday, May 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Lama dah tak update blog ni.. sibuk sikit.. Hehe
ReplyDelete